Saturday, January 29, 2011

Lembu garu telinga dekat handle motor??

lama sudah rasanya tak update blog ney...rindu sangat2 dah ney..

 siapa kat duduk estate ney busan sangat2?? bagi ateyn, memang ada masanya hidup dalam estate ney bosan sebab terkurung..tapi, kalau keluar jalan2, tak terkurung lah kan? yang penting pandai cari masa untuk hiburkan hati..pandai cari masa untuk luangkan masa dengan aktiviti..jadi, tak ada lah rasa tension sangat kan?

anyway..berbalik pada tajuk diatas...kenapa ateyn buat tajuk entry sedemikian?? ini disebabkan pada suatu tengah hari yang panas, sedang kami tengah duduk2 berehat2 dekat bawah canopy kelapa sawit dalam field...dah panas lah kan, duduk bawah pokok kan sejuk sikit...kami pun parking lah motor kami di situ...ada seorang ney letak motor jauh sikit dari kami.. tiba2, sekawan lembu pun datang jugak dekat area tu untuk santapan tengah hari mereka.. err..korang kenal tak lembu?? lembu macam yang kat iklan susu Fernleaf tu..
ini lembu dr bantuan en. google..

tapi lembu yang ateyn nak cerita ney, bukan lah yang macam lembu fernleaf tu..hihi...dipendekkan cerita, sedang kami tengah lepak2 dekat moto kami, ada lah seekor lembu ney datang dekat dengan motor kawan ateyn yang parking jauh sikit tu..tiba2, kawan ateyn ney jerit2 sambil mengusutkan rambut beliau...rupa2 nya lembu tu garu telinga dekat handle motor dia....dalam jugak lembu tu masukkan handle motor tu dalam telinga die..hahahahaha

bayangkan lah ye, ini handle ---->



dan ini ini lembunya..fokus pada telinga ----->


then, bayang lah sendiri lembu ney garu2 telinga...hahaha

Related Posts with Thumbnails


ShoutMix chat widget