Tuesday, November 30, 2010

Macam mana nak bezakan telur rebus dengan telur mentah??

kisahnya macam ney..mak time2 cuti sekolah ney kan banyak kenduri kahwin..jadi, abah dengan mak banyak dapat bunga telur..telur2 rebus tu disimpan dalam peti sejuk... hari tu abah suruh ateyn buat telur dadar...asal ateyn ketuk je, telur rebus...nak pecahkan je telur rebus...ateyn pun confuse...jadi ateyn tanya lah abah, mana satu telur mentah..then, abah bagi lah petua ney~

ha...jadi, macam mana nak bezakan antara telur yang telah direbus dengan telur mentah??

1. pertama sekali, letak kan telur yang anda mahu atas tempat yang rata [meja] seperti gambarajah di bawah (macam buat karangan pulak  =p )
 jangan letak macam ney pulak.. ini salah ye!


2. then, pusingkan / putarkan telur anda [tak kisah la clockwise ataupun anti-clockwise]..

- kalau telur itu berpusing dengan mudah / laju, maknanya itu telur yang telah direbus
- kalau telur itu susah / lambat berpusing / cepat berhenti, maknanya, itulah telur mentah~


p/s : kalau tak jadi, practice lah selalu ye~ hikhik

Sunday, November 28, 2010

Award Time!!!!

ha...award apa ye ateyn nak bagi???

sebenarnya ateyn dah berjanji dengan diri ateyn, bila ateyn capai je jumlah follower sebanyak 40, ateyn akan bg award...tapi tak adil lah kan kalau ateyn bagi yang ke-40 je, so, dikesempatan ini, ateyn nak bagi award for my new follower ... tak lupa juga pada silent readers...

thanks lah ye sebab sudi menjadi follower Leblysaphire.blogspot.com yang tak seberapa ini...semoga anda semua rajin2 lah blogwalking ke blog ini ye... t




nanti ateyn shout kat cbox ataupun shoutmix ye..kalau tak pun, anda ambil lah sendiri...kalau follower lama nak ambil pun ateyn tak kisah~ =)

Thursday, November 25, 2010

Siapa Kata Country Songs Tak best???

huhuhu...ateyn pun macam tak percaya je dengan title ateyn tu...honestly, ateyn tak suka country songs..tapi tadi ateyn tengok CSI dekat channel AXN..in that episode ada keluar lagu ney...yang tengah hari punya ateyn tengok...ulangan malam pun ateyn tengok. ya'all know why? because of the song they sang~ 

LOVE IS UNSTOPPABLE by Rascal Flatts...actually ateyn pun baru first time dengar and baru tahu tentang kewujudan group ini..walaupun ateyn cuma dengar lagu ney sekejap, tapi ateyn memang tertarik dengan lagu ney..

jom dengar lagu ney sama2..ateyn tengah cari lagu ney untuk di download..huhu..
layannnn~





Love Is Unstoppable Lyrics~
Yeah yeah yeah..
Hey

So, so you made a lot of mistakes
Walked down the road a little sideways
Cracked a rib when you hit the wall
Yeah, you've had a pocket full of regrets
Pull you down faster than a sunset
Hey, it happens to us all

When the cold hard rain just won't quit
And you can't see your way out of it

CHORUS
You find your faith has been lost and shaken
You take back what's been taken
Get on your knees and dig down deep
You can do what you think is impossible
Keep on believing, don't give in
It'll come and make you whole again
It always will, it always does
Love is unstoppable

Love, it wear the ring of stone
Bring you back to being born again
oh, it's a helping hand when you need it most
A lighthouse shining on the coast
That never goes dim

When your heart is full of doubt
And you think that there's no way out

CHORUS
You find your faith has been lost and shaken
You take back what's been taken
Get on your knees and dig down deep
You can do what you think is impossible
Keep on believing, don't give in
It'll come and make you whole again
It always will, it always does
Love is unstoppable

Like a river keeps on rolling
Like the north wind blowing
Don't it feel good knowing
Yeah

CHORUS
You find your faith has been lost and shaken
You take back what's been taken
Get on your knees and dig down deep
You can do what you think is impossible
Keep on believing, don't give in
It'll come and make you whole again
It always will, it always does
Love is unstoppable

Love is unstobbale
So you made a lot of mistakes
Walked down the road a little sideways
Love, love is unstoppable

Wednesday, November 24, 2010

Teka - teki => Part 2

haaaaaaaaaaaaaaaaa.....siapa berani nak ambil challange untuk teka-teki ateyn kali ney?? jeng jeng jeng...macam biasa, hadiah tak disediakan...almaklum lah, baru je keluar jalan2 dengan kawan ssatu sekolah dulu..nak dijadikan cerita, makan punya tak ingat, so abis lah duit yang diberikan oleh mak kepada ateyn...

anda semua doa2 kan lah ateyn menjadi cepat kaya supaya ateyn boleh jadikan "Contest Teka-Teki...Siapa jawab betul dapat hadiah~" wah...berangan sakan aku ney...anyway, inilah dia teka-teki nya... 2 soalan je, nanti tak ada modal untuk Teka-Teki => Part 3 pulak.. 


Layannnn....

1Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

2. Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Friday, November 19, 2010

Saya ingin menonton filem The Social Network!!



Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.

Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Social Network



Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 2 Disember 20










p/s : saja cuba nasib! >.< "

Monday, November 15, 2010

Eh! aku dah bertunang????

Percaya atau x, kita boleh ber'tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
  
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.


p/s : haaa~pernahkah anda????

Friday, November 5, 2010

Boleh Elak Pregnant Dengan Sapu Gel Je????

macam2 sekarang ney~ pelik2 je kan...

p/s : tutup lah autoplayer music ateyn dekat sidebar di sebelah kanan ye..  =)



Thursday, November 4, 2010

Abah...Bagilah balik tangan Ita...

kepada ibu bapa dan pada yang belum berkahwin, jadikanlah cerita ini sebagai pedoman ye..

-----------------------------------------------------------------------------------------


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.


'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

moral of the story : didiklah dan pukul lah anak anda dengan kasih sayang. bukan untuk lepaskan marah dan geram anda~

cerita diambil daripada fb yewp~

Wednesday, November 3, 2010

Cara Cucian Kain Jenis Kain Sutera

jeng jeng jeng...baru lah ada mood sikit nak buat entry hari ney...hari ini entry nya adalah cara nak cuci kain jenis kain sutera.

pernah tak dengar dialog macam ney :

timah : chantek baju kau lijah~

lijah : terima kasih timah uiii...aku baru beli...
timah : kain apa ney? sutera ke? mesti mahal kan?
lijah : ye la..sutera... (sambil buat muka belagak)
timah : rajin lah kau ye kena hantar pergi dobi..dry clean..
lijah : itu lah, raya tahun ney je 15 pasang laki aku belikan sutera...semua aku bantai dalam seminggu..
timah : (buat muka menyampah)
lijah : sutera ney mana boleh mesin atau basuh tangan...sensitif taw
timah : (bajet macam aku tak ada baju sutera je!)

-------------------------------end-----------------------------------------------

apa yang aku merepek ney!!! haha...nak pendekkan cerita, sebenarnya jangan percaya cakap si lijah tu. ape die tahu~ dia hantar dobi sebab malas nak basuh...[pemalas tol!]

selalunya memang kebanyakan orang akan hantar kain2 jenis sutera ke dobi untuk dry clean. tapi sebenarnya, kain sutera tidak elok selalu di dry clean kan [faham tak apa yang ateyn cuba sampaikan?]

mengikut soal siasat survey yang ateyn jalankan, kain sutera sekurang2 nya di dry clean kan sebanyak 3 kali dahulu.. kemudian , kain tersebut bolehlah dibasuh dengan tangan ye~

lebih afdal lagi, cuci lah kain sutera anda dengan sabun mandi ataupun syampoo...especially rejoice...bolehlah anda buat dialog macam ney pulak~ 

''tengok sutera ku.....chantek kan! guna jari pun boleh...''

dialog tadi adalah rekaan semata2..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia~

Monday, November 1, 2010

ehek! ta buleh aa!!!

uish~ apa yang tak boleh nye?? tak boleh pergi lah! huu..ateyn dapat invitation ke satu event dari Mangga Ad tapi tak dapat nak pergi...dem..jeles tengok si mejah asyik dapat je...ceh~


ateyn pun tak tahu la nape asyik taip style si mejah ney~ bahana baca entry dia hari2 la ney..dem dem~

Related Posts with Thumbnails


ShoutMix chat widget