huuu..setelah beberapa hari ateyn bergelumang dengan masalah broadband ney, akhirnya selesai juga!!! dan akhirnya ateyn boleh juga buka blog ney,.. lama sangat dah tak buka rasanya.. ney semua gara2 broadband ya!apa yang jadi ye?
nak dijadikan cerita, scholarship ateyn dapat lambat 3 bulan dari yang sepatutnya. jadi, banyak lah bil2 yang tertonggeng tertuggak..salah satunya maxis broadband ateyn lah. jadi, bila dah dapat, dengan confident nya ateyn pergi bayar..siap bayar advance lah kata kan. dengan excited nya, balik je hostel, ateyn terus buka [after 2jam dah lepas tu]..ateyn punya tak dapat buka lagi..maybe belum lagi kot. ateyn pun tidur and tunggu esok pagi nya..
dah pagi tu, ateyn try lagi, tak boleh juga! apasal pulak ney kan?? ateyn pun call maxis broadband customer services..dengan hati yang luluh + berkecai ateyn dapat tahu yang rupanya ateyn punya akaun dah tak ada dalam sistem [auto terminate]..geram lah ateyn, kenapa maxis langsung tak bagi tahu ateyn langsung. padahal kawan ateyn punya boleh aja,. bayar pun lebih kurang dengan ateyn. waktu cuti hari tu, maxis ada call, kalau lambat bayar, nanti kena charge. tak tahu lak sampai kena terminate! yang maxis yang sengal pulak tak bagi tahu..apa guna mintak email, alamat rumah and nombor telefon! kalau kita buat masalah kecik je pun, pandai pulak nak contact..benda besar macam ney boleh pulak buat bodoh je! kalau setakat simpan aje, baek tak payah la wei!!
eeeeeeeeeee...memang geram gila lah! tak pasal2 ateyn yang kena penalti dan kena start over balik buat akaun untuk broadband yang baru! RM 400 terbang macam tu je.rasa macam nak pengsan! dah kena stahun lagi contract! nasib baik lah memang line maxis aje yang kuat dekat sini! kalau tak, dah lama tukar dengan celcom or digi!! menyusahkan orang betul!
p/s : sesiapa yang bekerja berkaitan dengan benda2 macam ney, sila fikirkan keadaan pengguna juga ye. bukannya tak bayar langsung..kalau tak mahu bayar, dah lama dah buat bodoh je. bukan ateyn tak boleh buat bodoh and tak bayar..kira ateyn ney honest lagi taw..kalau kena dengan orang lain, silap2 anda kena bodoh pulak!